Bahasa Inggeris Malaysia dan Bahasa Inggeris British Bahasa_Inggeris_Malaysia

Selepas kemerdekaan Malaysia pada 1957, rancangan TV Amerika mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris Malaysia. Tidak ada pertubuhan pengawalan bahasa yang rasmi untuk memastikan kebetulan dan kepiawaian penggunaan Bahasa Inggeris Malaysia, kerana selepas kemerdekaan, Bahasa Melayu menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Sindiket Peperiksaan Tempatan Universiti Cambridge berterus menyediakan dan menyemak kertas peperiksaan Bahasa Inggeris "1119" GCE Peringkat-O yang merupakan satu mata pelajaran wajib bagi Sijil Pelajaran Malaysia.

Secara tidak rasmi, Bahasa Inggeris yang digunakan dalam New Straits Times, surat khabar Bahasa Inggeris yang tertua di Malaysia, sering digunakan sebagai titik rujukan bagi Bahasa Inggeris Malaysia.